Dalam acara berlangsung di Anna Meares Velodrome di sini, Fatehah yang mencurahkan segala kudrat pada pusingan kedua, bagaimanapun gagal meneruskan kayuhan cemerlangnya itu apabila tumpas 0-2 kepada Natasha Hansen dari New Zealand.

Terdahulu, pelumba negara berusia 29 tahun itu mempamerkan kayuhan memberangsangkan untuk menduduki tempat ke-11 dalam sesi kelayakan, selepas mencatat 11.142 saat.

Pelumba kelahiran Terengganu itu menewaskan Rachel James dari Wales pada pusingan kedua, sekali gus mara ke suku akhir untuk berentap dengan Hansen.

Seorang lagi pelumba Malaysia, Farina Shawati Mohd Adnan juga mara ke pusingan kedua setelah menamatkan sesi kelayakan di kedudukan ke-15 selepas melakukan catatan masa 11.585s.

Bagaimanapun, Farina Shawati gagal meloloskan diri ke suku akhir apabila tumpas kepada Lauriane Genest dari Kanada. - BERNAMA