JAGUH berbasikal pecut negara, Mohd Azizulhasni Awang meraih pingat emas dalam acara pecut lelaki Kejohanan Berbasikal Trek Asia Tenggara di Velodrom Nasional di Nilai, hari ini.

Azizulhasni membantu kontinjen negara meraih emas dalam temasya Jakarta-Palembang dengan menewaskan wakil Jepun, Tomohiro Fukaya, 2-0 dalam persaingan tiga perlumbaan terbaik.

Turun beraksi di Nilai dalam acara yang sama, berdepan wakil Indonesia, Puguh Admadi nyata tidak memberi kesukaran buat The Pocket Rocketman untuk memastikan kemenangan berada digenggaman selepas meraih keputusan 2-0.

Sementara itu, dalam saingan wanita, Fatehah Mustapa terpaksa akur kepada kepantasan Crismonita Dwi Putri dari Indonesia dengan keputusan 0-2 sekali gus menamatkan saingan dengan meraih pingat perak. - UTUSAN ONLINE