Dia berusia 37 tahun.

Scarponi sedang menjalani latihan berhampiran rumahnya di Filottrano, dekat Ancona, pada pagi hari ini apabila pelumba pasukan Astana itu dilanggar sebuah van di satu simpang.

Pasukan Astana berkata: “Kami kehilangan seorang juara yang unggul dan seorang lelaki yang istimewa, sentiasa terse­nyum dalam semua keadaan, dia benar-benar satu contoh kepada semua orang dalam Astana Pro Team.”

Scarponi memenangi trofi Giro 2011 selepas Alberto Contador dilucutkan daripada kemenangannya.

Dia meninggalkan seorang balu dan dua anak lelaki. – AFP