Pelumba kelahiran Perlis berusia 24 tahun itu tewas kepada Maneephan Jutatip dari Thailand, dan pelumba Singapura, Luo Yiwei.

Daripada empat pusingan acara omnium ini, Jutatip mengumpul 164 mata bagi memenangi pingat emas, diikuti Yiwei 161 mata bagi perak, dan Ju Pha 138 mata. - UTUSAN ONLINE