Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Pocket Rocketman raih emas pertama

AZIZULHASNI AWANG
AZIZULHASNI AWANG

NILAI 28 Ogos - Skuad basikal trek negara yang diketuai Azizulhasni Awang menyapu tiga daripada empat pingat emas yang dipertandingkan pada hari kedua saingan di Velodrom Nasional di sini hari ini.

Selepas memenangi tiga emas pada hari pertama semalam, tidak nampak langsung tanda-tanda pelumba trek negara mampu dicabar pelumba negara lain.

Kecuali satu acara iaitu omnium lelaki yang berjaya dicuri emasnya oleh pelumba Singapura, penguasaan selebihnya adalah milik pelumba negara.

Penguasaan pelumba negara hari ini bermula dengan kejayaan Eiman Firdaus Mohd. Zamri yang menjuarai acara 4 kilometer (km) kejar mengejar individu lelaki selepas menewaskan rakan senegara, Mohd. Nur Aiman Mohd. Zariff.

Gangsa acara ini dimenangi pelumba Thailand, Sarawut Sirironnachai.

Skuad trek negara sepatutnya mampu menambah satu lagi pingat emas selepas itu namun Sofian Nabil Omar Mohd. Bakri tidak bernasib baik apabila dipintas di saat akhir oleh pelumba Singapura, Calvin Sim dalam acara omnium lelaki.

Namun selepas itu, detik gemilang menjadi milik pelumba negara sepenuhnya apabila Fatehah Mustapa dan Azizulhasni Awang mengungguli acara 200 meter pecut wanita dan lelaki.

Lebih manis kemenangan Azizulhasni menobatkannya sebagai penyumbang emas ke-111 buat kontinjen negara pada temasya kali ini, emas keenam untuk skuad berbasikal trek negara setakat ini dan emas individu pertamanya di Sukan SEA.

Angka 111 menjadi istimewa kerana menjadi sasaran kontinjen negara untuk muncul juara keseluruhan Sukan SEA Ke-29.

“Ini emas pertama saya dalam Sukan SEA dan ini juga merupakan Sukan SEA yang terakhir bagi saya.

“Memenangi pingat emas dalam edisi ke-29 ini adalah pencapaian yang terhebat dan kenangan manis buat saya,” kata Azizulhasni.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain