Pelumba kelahiran Kanada itu memenangi perlumbaan dari Kota Bharu ke Kuala Terengganu melibatkan jarak 166 kilometer (km) itu dengan catatan masa terpantas 3 jam 58 minit 18 saat.

Juga menarik di peringkat ketiga pelumba negara, Nik Azwan Zulkiflie dari Forca Amskins Racing (FAR) berjaya menaiki podium ketiga, manakala Kim Daeyeon (KSPO Bianchi Asia Procycling) menduduki tempat kedua, setelah mereka menamatkan saingan 13s di belakang De Vos.

"Saingan hari ini turut menyaksikan selain Nik Azwan, dua lagi pelumba negara menamatkan perlumbaan di kelompok 10 terbaik, iaitu Anuar Manan (FAR) tempat kelima, diikuti Hariff Saleh (Terengganu Cycling Team) ketujuh, yang kedua-duanya hanya ketinggalan 19s di belakang De Vos .- UTUSAN ONLINE