Walaupun menamatkan saingan di tempat keempat iaitu di belakang pencabar rapatnya, Romain Bardet yang menduduki tangga ketiga, namun pelumba pasukan Sky berusia 32 tahun itu masih mampu mengekalkan jersi kuning.

Foome, yang menjuarai Jelajah Perancis dalam dua edisi terakhir, selain juara 2013 terus menerajui kejuaraan dengan mengumpul masa 78 jam, lapan minit dan 19 saat - 23 saat mengatasi pelumba tuan rumah yang beraksi buat pasukan AG2R La Mondiale, Bardet. Pelumba pasukan Cannondale Drapac, Rigoberto Uran dari Romania di tangga ketiga dengan 29 saat di belakang.

Seorang lagi pelumba tuan rumah, Warren Barguil dari pasukan Sunweb mengungguli peringkat ke-18 sejauh sejauh 179.5 kilometer dengan mencatat masa 4’40:33s, mengetepikan pelumba Colombia, Darwin Atapuma di tempat kedua. – AGENSI