Ini merupakan kemenangan kedua dalam peringkat diraih pelumba Jerman itu selepas turut memenangi peringkat kedua.

Pelumba Quick-Step, Kittel mendapat ruang selesa di bahagian tengah untuk memecut 200 meter dari garisan penamat, meninggalkan Arnaud Demare di tempat kedua manakala pelumba pasukan Andre Greipel ketiga.

Froome melintasi garisan penamat secara berkelompok dan kini menjadi pendahulu keseluruhan pelumba dengan kelebihan 12 saat.

Rakan senegaranya Simon Yates kekal di tempat keenam untuk terus menyarung jersi putih selaku pelumba terpantas bagi peserta berusia di bawah 26 tahun.

Perlumbaan hari ini tidak begitu sengit untuk kelompok pelumba yang mengejar kemenangan keseluruhan apabila kesemua mereka diberikan catatan masa yang sama.

“Peringkat seperti ini jarang berlaku.

“Ini pastinya salah satu hari paling tenang pernah saya lalui dalam Jelajah Perancis,” kata Froome, yang memburu gelaran juara kali ketiga berturut-turut dan keempat dalam tempoh lima tahun. – AGENSI