Selepas menjuarai acara pecut berpasukan dan 200 meter pecut wanita pada hari pertama dan kedua sebelum ini, anak jati Terengganu berusia 28 tahun itu meneruskan penguasaan dengan menewaskan dua pelumba Indonesia, Crismonita Dwi Putri yang menang perak dan Santia Tri Kusuma yang menang gangsa.

Rekod lama yang dipegang Fatehah juga sebelum ini adalah 34.667s yang dicatatnya pada Sukan Komanwel 2014 di Glasgow Scotland. - UTUSAN ONLINE