Pelumba berusia 19 tahun yang kurang diberi perhatian sebelum ini mencatat masa 1 min:01.889 saat untuk meninggalkan Shah Firdaus, 22, hampir setengah saat di belakangnya manakala gangsa menjadi milik pelumba Singapura, Mohd. Elyas Mohd. Yusoff.

Catatan itu bagaimanapun gagal memecahkan rekod kebangsaan yang dipegang Mohd. Rizal Tisin iaitu 1:01.658 saat yang dilakukan di kejohanan dunia di Poland pada 2009. - UTUSAN ONLINE