Dua beradik itu memberikan saingan mantap walaupun menerima asakan daripada pencabar seperti Vietnam, Thailand dan Indonesia.

Dengan kemenangan itu, Mohd Harrif mempertahankan emas acara itu yang diraihnya pada Sukan SEA Singapura 2015.

Pingat perak menjadi milik pelumba Thailand Thanawut Sanikwathi. Ketiga-tiga mereka mencatatkan masa 59 minit 35 saat untuk menamatkan perlumbaan sembilan pusingan melibatkan jarak sejauh 45 kilometer.

Pada pusingan pertama pertandingan skuad Kriterium negara bermula dengan tenang dan mengekori rapat kumpulan lain sebelum pelumba daripada Vietnam cuba menjarakkan diri pada pusingan keempat, meletakkan skuad negara di kelompok kedua.

Namun, kelompok peloton skuad negara berjaya mengekori rapat pelumba Vietnam terbabit sebelum memecut pada 100 meter terakhir pusingan dan berjaya meraih emas dan gangsa.

Dalam perlumbaan membabitkan 39 peserta, pelumba negara yang lain Anuar Manan menduduki tempat ke-10, Mohd Shahrul Mat Amin (31), Nur Amirull Fakhruddin Mazuki (37) dan Muhammad Adiq Husainie Othman (38). - BERNAMA