Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Dijangka keluar hospital hari ini

KHAIRY JAMALUDDIN bertanya sesuatu kepada Mohd. Khairul Nizam Mohd. Ali di Hospital Sungai Buloh, Pe
KHAIRY JAMALUDDIN bertanya sesuatu kepada Mohd. Khairul Nizam Mohd. Ali di Hospital Sungai Buloh, Petaling Jaya, Selangor semalam.

KUALA LUMPUR 7 Sept. - Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mengesahkan bahawa dua pelumba basikal para iaitu Muhammad Khairul Nizam Mohd. Ali dan Mohd. Khairul Azwan Wahab mengalami kecederaan di kepala akibat kemalangan ketika sesi latihan untuk menghadapi Sukan Para ASEAN pagi tadi.

Jelasnya, kedua-dua atlet itu akan dipantau oleh doktor dan jika tiada sebarang kecederaan lain dikesan maka mereka akan dibenarkan pulang esok.

Katanya, pilot mereka iaitu Mohd. Nur Syafiq Suhaimy dan Mohd. Nur Ridzuan Zainal pula mengalami kecederaan agak te­ruk dan memerlukan pemeriksaan dan rawatan lanjut.

“Atlet lumba basikal para negara telah terlibat dalam satu kemalangan yang melibatkan lima individu masing-masing dua atlet para dan pilot serta seorang jurulatih (Mohd. Johari Nayan) yang menyebabkan kecederaan kepada mereka.

“Jurulatih hanya mengalami kecederaan ringan dan telah dihantar ke rumah, manakala atlet kita telah mengalami kecedera­an berbeza. Khairul Hazwan dan Khairul Nizam mengalami kecede­raan di bahagian kepala yang telah menyebabkan goncangan otak mereka.

“Kita jangkakan mereka boleh keluar esok, mengikut nasihat doktor kerana tidak mengalami kecederaan lain tetapi mereka masih di peringkat pemantauan untuk memastikan tiada kecedera­an lain yang serius dikesan.

“Pilot basikal, Nur Syafiq pula mengalami keretakan di bahagian kaki kanan dan memerlukan pembedahan manakala Ridwan mengalami keretakan pada tulang belakang dan ini memerlukan pemulihan jangka panjang,” katanya selepas melawat mereka di Hospital Sungai Buloh.

Mengulas mengenai penglibatan mereka dalam Sukan Para ASEAN yang bakal bermula 17 September ini, Khairy memberitahu belum ada keputusan dibuat setakat ini.

“Saya telah bincang dengan (Ketua Pengarah MSN) Datuk Ahmad Shapawi (Ismail) supaya kita terus memantau pemulihan mereka sebelum sebarang keputusan dibuat sama ada mereka boleh menyertai Sukan Para ASEAN atau tidak kerana bergantung kepada nasihat doktor dan pakar.

“Kita tidak akan kompromi dari segi kesihatan masa panjang mereka semata-mata mahu kejar emas,” katanya.

Tambahnya, kes kemalangan itu akan diserahkan kepada pihak polis untuk menyiasat.

Dua atlet lumba basikal lebuh raya itu merupakan antara prospek emas dan mereka dijadualkan beraksi dalam acara lepas beramai-ramai dan ujian masa individu.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain