Selain Azizulhasni dan Fatehah, turut ditaja Kumpulan CIMB bagi tempoh empat tahun kepada skuad trek negara itu adalah pelumba muda berbakat dari Terengganu, Muhammad Khalid Nasiruddin, 18, dan Siti Nur Alia Mansor 16, termasuk ketua jurulatih berbasikal kebangsaan, John Beasley.

Kelima-lima mereka dibentuk oleh penaja baharu itu dengan gelaran ‘CIMB Pro-Cycling Team’.

Ketua Eksekutif Kumpulan CIMB, Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz berkata, sukan berbasikal yang semakin mendapat tempat di hati rakyat Malaysia mahupun seluruh dunia, telah mendorong CIMB untuk bersama bekerjasama dalam arena tersebut.

“CIMB sentiasa berada di barisan hadapan dalam mencungkil bakat dari seluruh ASEAN menerusi pelbagai program yang dilaksanakan seperti skuasy, golf, bola sepak termasuk Paralimpik. Sukan berbasikal semakin popular di seluruh dunia.

“Jadi, menerusi kehadiran CIMB ke dalam sukan ini, kami berharap dapat melahirkan juara dengan menyediakan platfrom untuk memenuhi bakat mereka,” katanya yang bagaimanapun enggan mendedahkan jumlah penajaan sebenar pada majlis pengumuman CIMB Pro-Cycling Team di ibu negara, hari ini.

Untuk rekod, YSD menaja skuad trek negara termasuk Azizul dan Fatehah sejak 2009 hingga 2012 untuk menghadapi Olimpik London dengan penajaan berjumlah RM2 juta.

Walaupun skuad trek negara menamatkan Olimpik London tanpa sebarang pingat, YSD tetap melanjutkan penajaannya hingga O­limpik Rio dengan nilai tajaan RM2.85 juta.

-habis./././