Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Bintang basikal trek negara dicemburui

Pasukan basikal trek Malaysia terlalu unggul di pentas Asia Tenggara
Pasukan basikal trek Malaysia terlalu unggul di pentas Asia Tenggara apabila menggondol 11 daripada 13 pingat emas yang ditawarkan sepanjang Sukan SEA Ke-29. UTUSAN/ASWAD YAHYA

NILAI 31 Ogos – Kejayaan meraih 13 emas seperti yang disasarkan membuktikan Malaysia adalah kuasa besar berbasikal yang amat dicemburui di Asia Tenggara.

Daripada 20 acara yang dipertandingkan dengan keba­nyakannya bertaraf Olimpik, lebih separuh dikuasai pelumba negara. Basikal trek menjadi penyumbang terbesar dengan 11 emas, manakala dua lagi lebuh raya.

Tidak hairanlah Indonesia yang akan menjadi tuan rumah Sukan Asia 2018 awal-awal lagi berusaha tidak menyenaraikan terlalu banyak acara yang memberi kelebihan kepada Malaysia.

Indonesia tidak memiliki pelumba yang bagus dalam pecut menyebabkan mereka hanya bersetuju mempertandingkan lebih banyak acara endurance, yang mana mereka juga sebenarnya tidak begitu bagus dalam KL2017.

Nama-nama seperti Azizulhasni Awang, Fatehah Mustapa dan deretan pelumba muda membuktikan Malaysia terlalu unggul dalam basikal trek.

Fatehah, 28, sahaja menyumbang empat emas untuk muncul wanita pertama meraih emas sebanyak itu dalam satu temasya menerusi pecut berpasukan, 200 meter pecut, 500m ujian masa dan keirin.

Pelumba kelahiran Terengganu itu turut mencipta rekod kebangsaan 500m ujian masa individu.

Azizulhasni, 29, mengungguli acara 200m pecut serta keirin, dan sebagai juara keirin dunia, namanya sahaja sudah digeruni.

Pelumba muda seperti Mohd. Fadhil Mohd. Zonis, 19, turut membanggakan dengan menjua­rai acara 1 kilometer ujian masa individu, selain trio.

Eiman Firdaus Mohd. Zamri dan Mohd. Nur Aiman Mohd. Za­riff turut mencuri tumpuan dalam kejar mengejar, begitu juga Irwandie Lakasek (scratch).

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain