Ketua Polis Trafik negeri, Superintenden Md. Dali Wahid berkata, 10 laluan akan ditutup secara berperingkat-peringkat bermula pukul 7 pagi hingga 4 petang pada hari berkenaan. 


“Jalan yang terlibat ialah Jalan Telok Kemang, Si Rusa, Linggi, Lubuk Cina, Kuala Sungai Baru, Masjid Tanah, Rembia, Cheng, Tanjung Keling (Pantai Puteri) dan Sungai Udang.


“Pengguna jalan raya tidak perlu bimbang kerana penutupan jalan ini hanya sementara bagi memberi laluan kepada peserta melalui jalan tersebut sekali gus meneruskan perjalanan mereka,” katanya dalam sidang akhbar dekat sini hari ini. 


Avillion Admiral Cove di sini adalah lokasi pelepasan dan penamat kayuhan dan laluan bakal melibatkan jalan raya pesisir pantai dari Port Dickson ke Melaka.


ACR 2017 menawarkan kategori 25 kilometer (km) Fun Ride, 90km Scenic Ride dan 160km Endurance Ride, namun acara ini bukan berbentuk perlumbaan. 


Acara yang mendapat kerjasama DRB-HICOM, Bank Muamalat dan Pos Laju serta Utusan Malaysia sebagai rakan media akan turut disertai bekas atlet berbasikal negara serta artis tempatan. - UTUSAN ONLINE