Selepas meraih tujuh emas pada hari pertama semalam, pelumba para negara terus bersemangat dengan mempamerkan penguasaan penuh tanpa membenarkan satu pun pingat emas jatuh ke tangan negara lain.

Esok acara berbasikal berehat sehari dan hanya akan bersambung semula dengan acara lebuhraya yang menawarkan 14 pingat emas lagi di Putrajaya pada 20 dan 21 September ini. - UTUSAN ONLINE