Pada aksi final, pelumba kelahiran Terengganu berusia 29 tahun itu yang dikenali sebagai therocketpocketman menewaskan rakan senegara, Mohd. Shariz Efendi Mohd. Shahrin yang menang perak manakala pelumba Indonesia, Md. Nur Fathoni menang gangsa.

Terdahulu, ratu pecut negara, Fatehah Mustapa meraih emas keempat peribadinya selepas menjuarai acara keirin wanita di venude yang sama.

Pelumba kelahiran Terengganu itu yang turut menjadi penyumbang emas ke-10 untuk skuad negara menewaskan rakan senegara, Fatin Shawati Mohd. Adnan yang menang perak dan pelumba Thailand, Watinee Luekarjorn gangsa. - UTUSAN ONLINE