Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Azizulhasni juara dunia selepas 10 tahun mencuba

AZIZULHASNI AWANG meraikan kejayaan muncul  juara dunia acara
AZIZULHASNI AWANG meraikan kejayaan muncul juara dunia acara keirin di Hong Kong, hari ini.

KUALA LUMPUR 13 April - Jaguh berbasikal negara, Azizulhasni Awang berjaya menamatkan penantian 10 tahun apabila menjuarai acara keirin dalam Kejohanan Dunia di Hong Kong, sebentar tadi sekali gus memenangi jersi pelangi yang diidaminya.

Azizulhasni yang terkenal dengan jolokan The Pocket Rocket Man muncul pelumba Malaysia muncul juara dunia selepas menewaskan Fabian Hernando Puerta Zapata dari Colombia dengan 0.382 saat di belakang.

Pelumba ranking No. 1 dunia, Tomas Babek dari Republik Czech menamatkan saingan di tangga ketiga (+0.417 saat).

Jersi pelangi dengan warna asas putih serta lima jalur mendatar berwarna hijau, kuning, hitam, merah dan biru di bahagian dada adalah jersi yang dihadiahkan kepada juara dunia, yang boleh dipakai dalam perlumbaan di sepanjang tahun oleh pemiliknya. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain