Pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Rio 2016 itu yang meraih perak dalam acara keirin individu sebelum ini, tewas kepada pelumba Great Britain, Jack Carlin pada pusingan ketiga, sekali gus gagal mara ke peringkat suku akhir pada aksi di Lee Valley VeloPark.

Carlin mencatat 10.032 saat manakala Mohd Azizulhasni ketinggalan 0.013 saat di belakang.

Mohd Azizulhasni mengakui beliau agak kurang berpuas hati dengan catatan masa berkenaan, namun mengakui faktor kepenatan setelah menyertai acara keirin pada hari sebelumnya selain kurang waktu tidur, menjejaskan prestasi beliau pada perlumbaan berkenaan.

“Walaupun tidak berjaya untuk ke pusingan seterusnya (suku akhir), ini adalah pencapaian terbaik untuk acara pecut individu daripada empat siri piala dunia yang telah disertai.

“Paling penting adalah dapat menambah koleksi mata untuk misi kelayakan ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 bagi acara ini setelah selesa dalam acara keirin,” jelas Mohd Azizulhasni yang dipetik sebagai berkata menerusi laman Instagramnya; @azizulawangofficia . - BERNAMA