Azizul yang terkenal dengan julukan The Pocket Rocketman mengejar dari belakang pelumba pecut China, Xu Chao sebelum mengatasinya menerusi foto penamat dalam aksi penentu juara.

Kemenangan menerusi acara pecut tersebut merupakan yang kelima buat Azizul dalam ACC selepas 2008, 2009, 2014 dan 2017.

Selain pecut, pelumba bersuai 31 tahun itu juga pernah memenangi emas dalam acara keirin pada 2007, 2008 dan 2015, termasuk pecut berpasukan tahun 2009.

Sementara itu, rakan senegara Shah Firdaus Sahrom yang tewas kepada Azizul dalam saingan separuh akhir, memenangi gangsa apabila menewaskan pelumba Jepun, Kazunari Watanabe pada penentuan tempat ketiga dan keempat.- UTUSAN ONLINE