Aru tampak melakukan serangan pada pendakian terakhir laluan sejauh 181.5 kilometer dari Nantua ke Chambery ketika pendahulu saingan Froome mengalami masalah mekanikal.

Froome berang kerana pada dua tahun lalu, dia merasakan rakan sepasukan Aru melakukan perkara yang sama dilakukan Vincenzo Nibali pada saingan peringkat Tour.

Ada peraturan tidak bertulis dalam sukan berbasikal menyatakan pelumba lain tidak dibenarkan menyerang pemilik jersi kuning (pendahulu keseluruhan) jika dia mengalami masalah mekanikal.

Sama seperti Nibali yang mendakwa dia tidak sedar masalah dihadapi Froome dua tahun lalu, Aru juga melakukan perkara sama. - AFP