Eksekutif Kanan Pemasaran Kumpulan Avillion Hotel Group, Tommy Ooi berkata, antara yang telah mengesahkan penyertaan mereka adalah Sarah Lian, pasangan Yusry dan Lisa Surihani, Joe Flizzow dan Deborah Henry.

“Marilah menyertai barisan selebriti dan menghidupkan lagi acara berbasikal ini. Tinggal seminggu lagi sebelum pendaftaran ACR17 ditutup dan setakat ini kami menerima sambutan hangat penyertaan setiap hari.

“Kayuhan dibahagikan kepada tiga kategori iaitu 25km Fun Ride, 90km Scenic Ride dan 160km Endurance Ride dengan lokasi pelepasan dan penamat di Avillion Admiral Cove,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Penganjuran ACR17 bukan sahaja menyasarkan peminat sukan berbasikal tempatan malah negara serantau malah bakal dijadikan satu daripada acara berbasikal penting negara yang akan diadakan setiap tahun.

Tambah Tommy, acara melibatkan laluan jalan raya pesisir pantai dari Port Dickson ke Melaka itu turut dilengkapi iringan polis dan marshal selain pasukan perubatan dan sokongan teknikal seperti ‘neutral service’ dan ‘water station’.

Peserta akan menerima baju kayuhan basikal yang eksklusif, medal penamat kayuhan, makanan dan minuman, insuran peribadi, E-Sijil dan peluang memenang pelbagai hadiah cabutan bertuah yang lumayan.

“Ganjaran istimewa juga disediakan untuk pasukan dengan penyertaan paling ramai serta jersi terbaik untuk pasukan dan individu,” katanya lagi. - UTUSAN ONLINE