Dia berharap pencapaian yang dilakarnya pada perlumbaan TdIJ 2019 dapat menarik minat pihak pengurusan pasukan basikal kebangsaan untuk membolehnya mewakili negara.

“Saya memang meletakkan sandaran untuk mewakili negara. Oeh itu, saya sentiasa bekerja keras untuk mencipta kejayaan agar menjadi antara pelumba basikal terbaik negara.

“Saya tidak tahu hendak berkata apa atas kejayaan memenanggi Jersi Hitam ini, syukur Alhamdulilah atas rezeki yang diberi ini,” katanya dalam sidang akhbar di sini.

Pada perlumbaan TdIJ 2019 peringkat ketiga dan terakhir hari ini, Muhammad Shaiful Adlan berjaya mengekalkan Jersi Hitam yang disaing sengit oleh pelumba daripada Team Ukya, Kosuke Takeyama dengan memcatatkan masa keseluruhan terpantas lapan jam, 35 minit 6 saat.

Mengenai perlumbaan tersebut, dia mengakui tidak berada pada kedudukan selesa untuk mempertahankam jersi itu yang dimenangi sejak peringkat kedua perlumbaan semalam.

“Saingan daripada pelumba muda lain memang sengit, pada perlumbaan hari ini begitu laju dan saya cuba berada dalam kelompak hadapan supaya jurang masa tidak ketinggalan,” ujarnya.

Pencapaian tersebut adalah terbaik bagi dirinya pada tahun ini dan idolanya dalam sukan berbasikan sebagai pembakar semangat adalah Muhamad Zawawi Azman dan Chris Froome. - UTUSAN ONLINE