Pelumba berusia 26 tahun itu meraih kemenangan setelah mencatat masa terpantas 3 jam 17 minit 12 saat dalam saingan yang bermula Lumut dan berakhir di Kuala Kurau itu melibatkan jarak sejauh 145.3 kilometer (km).

Tempat kedua, dimenangi Ariya Phounsavath dari Thailand Continental Cycling Team, manakala perlumba berpengalaman negara, Fauzan Lutfi (Polis Diraja Malaysia) ketiga selepas masing-masing menamatkan saingan dalam masa yang sama dengan Adiq.

Saingan itu juga menyaksikan jersi kuning (pendahulu keseluruhan) bertukar tangan kepada pelumba Australia, Ryan Thomas dari Oliver's Real Food Racing, selain dia juga memenangi jersi kelabu (pelumba muda terbaik).

Dalam perlumbaan itu menyaksikan skrip sama berulang apabila pelumba TSG, Nur Amirul Fakhruddin Mazuki mengekalkan jersi hijau (raja pecut), termasuk Zawawi Azman dari Team Sapura Cycling bagi jersi merah (pelumba terbaik Malaysia).

Sementara itu, jersi polka-dot (raja bukit) masih dipegang pelumba Indonesia, Abdul Gani dari KFC Cycling Team memandangkan saingan peringkat kedua itu tidak melibatkan zon pendakian.- UTUSAN ONLINE