Pengarah Teknikal ACR17, Zulkarnain Shah A. Rahman berkata, menjelang acara kayuhan yang bakal berlangsung 17 September depan, pihaknya telah mengadakan mesyuarat penyelarasan dengan Majlis Perbandaran Port Dickson.

“Sasaran kami adalah menjayakan acara rekreasi ini dahulu sebelum emeneruskan rancangan bersama kerajaan negeri untuk menjadikan kayuhan pesisiran pantai ini sebagai produk pelancongan tahunan Port Dickson,” katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Acara yang mendapat kerjasama DRB-HICOM, Bank Muamalat dan Pos Laju serta Utusan Malaysia sebagai rakan media, turut disertai bekas atlet berbasikal negara, Suhardi Hassan, pelakon Lisa Surihani, Yusry KRU serta komposer Joe Flizzow.