Selepas kejayaan edisi pertama sebelum ini, Larian Bentong yang dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Bentong itu telah menarik perhatian peserta luar negara berdasarkan laluan yang lebih mencabar.

Menurut penganjur, antara negara yang terlibat tahun ini termasuk peserta dari China, Jepun, New Zealand, Kenya.


“Selain cenderahati hadiah medal dan barangan, kami juga turut menyediakan wang tunai kepada pemenang tempat pertama hingga kelima.

“Larian akan bermula dan tamat di Dataran Bentong bermula pukul 6.30 pagi,” ujar penganjur dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Seramai 1,500 peserta telah mendaftar untuk acara larian kali ini bagi kategori 5 kilometer (km), 10km dan juga 21km.

Hadiah tempat pertama bernilai RM2,500, kedua RM1,000, manakala tempat ketiga hingga kelima sebanyak RM500.

Penaja utama edisi kedua kali ini Nu-Prep, Newton Running selaku penaja pakaian rasmi manakala turut bersama N8 dan Howei.- UTUSAN ONLINE