Fredericks yang pernah memenangi empat kali pingat perak pada temasya Olimpik 1992 dan 1996 disyaki menerima rasuah dan mengunakannya untuk pengubahan wang haram di Paris, kata satu sumber yang rapat dengan siasatan itu.

Dia yang tampil di mahkamah majistret di Perancis Khamis lalu bagaimanapun mengaku tidak bersalah. IOC bertindak segera menggantung Fredericks kerana ia boleh memberi kesan kepada reputasi IOC. - Reuters