PENGERUSI Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan Negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah.



Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, atlet acara lain seperti memanah dan olahraga juga mampu memberi saingan sengit kepada peserta lain pada temasya sukan tersebut.

"Berbanding ketika bertanding di Sukma Sarawak, kali ini kita menampilkan 35 peratus muka baharu," katanya ketika ditemui pemberita pada majlis silaturahim Majlis Belia Negeri Terengganu di sini hari ini.

Terengganu buat pertama kali menjuarai Sukma pada 2008 ketika menjadi tuan rumah dan kejuaraan itu dapat dipertahankan sehingga edisi 2012, manakala muncul naib juara pada 2014.

Sementara pada Sukma 2016, Terengganu menduduki tempat ketiga. - BERNAMA