Beliau yang kecewa dengan kegagalan sukan utama negara itu meraih pingat berkata, BAM perlu memberi penjelasan berikutan mereka telah mendapat peruntukan terbanyak termasuk tajaan daripada pihak swasta bagi tujuan pembangunan sukan itu.

“Saya mahu post-mortem penuh daripada pihak BAM yang dapat peruntukan agak banyak, tajaan pihak swasta paling tinggi tetapi malangnya tiada sebarang pingat pada sukan Asia kali ini,” katanya kepada pemberita selepas sidang akhbar khas Konsert dan Festival ‘Sayangi Malaysiaku’ di sini hari ini.

Skuad badminton negara menamatkan kempen Sukan Asia 2018 Jakarta-Palembang dengan rekod buruk selepas gagal menyumbang sebarang pingat buat kontinjen Malaysia. - UTUSAN ONLINE