Pemain berusia 24 tahun itu yang berhasrat melakar kejutan ke atas Tanongsak dalam pertemuan pertama mereka tidak kesampaian selepas tunduk 18-21, 13-21 dalam aksi yang memakan masa 50 minit.

Walaupun kalah, Zulfadli mengakui dia berpuas hati dengan permainannya sambil menyifatkan Tanongsak hanya bernasib baik di dalam perlawanan itu kerana pemain Thailand itu banyak kali terperangkap menerusi permainan jaring.

“Saya akui Tanongsak bermain lebih baik hari ini dan saya sudah lakukan yang terbaik.

“Saya tahu rakyat Malaysia mahu lihat saya mara lebih jauh selepas (Datuk Lee) Chong Wei terkandas awal tetapi saya masih dalam proses belajar untuk memikul tanggungjawab lebih besar,” katanya ketika dihubungi pemberita, hari ini.

Selepas ini Zulfadli akan berangkat ke Taiwan bagi menyertai kontinjen Malaysia di Sukan Universiti Dunia.