Bekas juara remaja dunia itu, bagaimanapun, menafikan bahawa dia terlibat dengan sebarang insiden mengatur perlawanan sebaliknya menjadi mangsa BWF.

Pemain berusia 25 tahun itu juga memohon bantuan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk mencabar kes tersebut.

“Sebelum mendengar penjelasan saya, semua pihak berasa marah terhadap saya, namun, saya harap pihak-pihak ini percaya bahawa saya adalah mangsa dan bukan pesalah. Saya memohon BAM dan KBS untuk menolong saya merayu dan melindungi saya daripada penindasan BWF,” katanya. - UTUSAN ONLINE