Pemain berusia 20 tahun itu kalah 11-21, 17-21 kepada pilihan pertama kejohanan, Wan Ho yang juga wakil tuan rumah dalam tempoh 36 minit di Gwangju, Korea Selatan.

Ini merupakan kali kedua Zii Jia ditundukkan oleh Wan Ho selepas pertemuan sulung mereka berlangsung di Sukan Asia 2018 Jakarta-Palembang, 25 Oktober lalu.

Terdahulu, Zii Jia yang dilabel oleh jurulatih Datuk Misbun Sidek sebagai ‘calon pengganti Lee Chong Wei’ merangkul kejuaraan pertamanya musim ini selepas memenangi Terbuka Taiwan pada 7 Oktober lalu, sekali gus menamatkan penantian 14 tahun negara.- UTUSAN ONLINE