Dalam aksi yang berlangsung di Axiata Arena, di sini menyaksikan pemain berusia 21 tahun itu menundukkan Tanongsak Saensomboonsuk 14-21, 21-18, 21-10.

Bagaimanapun, hasratnya untuk membuat perhitungan dengan juara dunia dari Jepun, Kento Momota tidak kesampaian selepas pemain No.1 dunia itu tewas kepada rakan senegaranya, Kenta Nishimoto 15-21, 21-14, 20-22.

Turut ke pusingan kedua ialah beregu lelaki muda negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang menewaskan pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Rio 2016, Marcus Ellis-Chris Langridge 21-19, 21-12.

Goh V Shem-Tan Wee Kiong berjaya melangkah ke pusingan kedua selepas menyingkirkan Di Zijian-Wang Chang 21-14, 19-21, 21-9 untuk bertemu juara dunia tiga kali dari Indonesia, Ahmad Ahsan-Hendra Setiawan yang menundukkan Kim Gi Jung-Lee Yeon Dae 21-11, 21-13. - UTUSAN ONLINE