Zii Jia, 21, hanya mengambil masa 31 minit untuk menang 21-13, 21-13 di Istora Senayan, Jakarta, sekali gus bakal menentang pemenang di antara Kazumasa Sakai dari Jepun atau Sitthikom Thammasin dari Thailand.

Langkah Goh Jin Wei bagaimanapun tersekat awal selepas ditunjukkan jalan keluar oleh pemain China, He Bingjiao dalam perseorangan wanita.

Juara remaja dunia itu memberikan tentangan sengit dalam pertarungan yang berlarutan lebih sejam sebelum akur 21-16, 21-23, 20-22.

Cabaran Malaysia diteruskan beregu wanita, Chow Mei Kuan-Lee Mean Yean yang melangkah ke pusingan kedua selepas menyingkirkan pasangan Rusia, Ekaterina Bolotova-Alina Davletova 21-15, 21-17.

Beberapa wakil negara juga akan beraksi sebentar lagi diketuai beregu lelaki Goh V Shem-Tan Wee Kiong dan Aaron Chia-Soh Wooi Yik.

Turut beraksi, Chong Wei Feng (perseorangan lelaki), Soniia Cheah (perseorangan wanita), Ong Yew Sin-Ee Yi (beregu lelaki) dan Vivian Hoo-Yap Cheng Wen dalam beregu wanita. - UTUSAN ONLINE