Pemain kelahiran Kedah berusia 20 tahun itu, yang dilabel oleh jurulatih perseorangan kebangsaan, Datuk Misbun Sidek sebagai ‘calon pengganti Datuk Lee Chong Wei’ menghampiri kejuaraan besar pertamanya selepas menang 17-21, 21-14, 24-22 dalam pertarungan sengit yang berlangsung selama 80 minit.

Kemenangan ini membolehkan Zii Jia menebus kekalahan 21-15, 10-21, 12-21 dalam satu-satunya pertemuan mereka sebelum ini, iaitu pada Terbuka Korea, minggu lalu.

Sementara itu, cabaran dua lagi wakil Malaysia, Soniia Cheah dan Chen Tang Jie-Peck Yen Wei dalam kejohanan bernilai AS$500,000 (RM2.07 juta) itu berakhir pemain tuan rumah.

Soniia akur 16-21, 19-21 kepada pemain No. 1 dunia, Tai Tzu-ying dalam perseorangan wanita, manakala beegu muda, Tang Jie-Yen Wei mempamer aksi bertenaga sebelum tumpas 21-12, 18-21, 12-21 kepada Yang Po-hsuan-Wu Ti-jung dalam beregu campuran. - UTUSAN ONLINE