Dalam aksi di Tap Seac Multisport Pavilion, gandingan negara yang berada di ranking ke-75 menundukkan pasangan No. 30 dunia dari Jepun, Misato Aratama-Akane Watanabe 21-15, 22-20.

Ini kejuaraan pertama ­Vivian-Cheng Wen sejak digandingkan secara tetap pada September lalu, sekali gus membawa pulang hadiah kemenangan AS$11,850 (RM49,325).

“Sebenarnya ia bukan perjalanan yang mudah. Terpaksa bertukar pasangan dan memulakan semuanya sekali lagi.

“Namun saya menghargai setiap peluang di atas gelanggang. Terima kasih kepada semua jurulatih saya, Rosman Razak, Wong Pei Tty, Lim Pek Siah serta pa­sukan.

“Saya juga sangat gembira kerana kemenangan kali ini dilakar di depan keluarga saya yang sentiasa menjadi penyokong No. 1.

“Sekarang, masa untuk rehat dan bekerja lebih keras. Ia langkah kecil tetapi yang penting saya terus bergerak,” kata Vi­vian dalam Facebook.

Vivian, 28, juga menegaskan, walaupun gembira dengan kejayaan yang diraih, namun perjalanannya masih panjang.

“Ada tiga lagi kejohanan untuk disertai tahun ini, kemenangan ini hanya permulaan,” katanya lagi, yang mara ke final Terbuka Hyderabad pada 9 September bersama Cheng Wen.

Vivian, 28, mula digandingkan dengan Cheng Wen, 23, selepas pasangan asalnya, Woon Khe Wei mengalami kecede­raan serius di lutut, yang tidak memungkinkan dia kembali ke peringkat tertinggi.

Sementara itu ketua jurulatih beregu wanita, Rosman Razak mengucapkan terima kasih kepada semua jurulatih, pemain dan servis sokongan yang diberikan Institut Sukan Negara (ISN) serta Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

“Terima kasih kakak Vi­vian Hoo Kah Mun, saya tahu ia bukan mudah tetapi awak untuk bermain dengan baik [email protected]_ychengwen terus perca­yakan diri sendiri,” kata Rosman dalam Facebook.

Pemain Malaysia yang pernah menjuarai Terbuka Macau adalah Datuk Lee Chong Wei (perseorangan lelaki) pada edisi 2009 dan 2010 serta beregu lelaki - Koo Kien Keat-Tan Boon Heong (2007, 2008, 2009) dan Hoon Thien How-Tan Wee Kiong (2013).