Dalam aksi di Tap Seac Multisport Pavilion, Macau itu gandingan negara yang berada di ranking ke-75 dunia berjaya menundukkan pasangan ke-30 dunia dari Jepun, Misato Aratama-Akane Watanabe 21-15, 22-20 dalam tempoh 39 minit.

Ini adalah kejuaraan pertama buat pasangan itu sejak mula bergandingan September lalu, dan ia merupakan final kedua mereka selepas Terbuka Hyederabad, September lalu.

Kemenangan itu membolehkan mereka pulang bersama hadiah kemenangan AS$11,850 (RM49,300).

Pemain Malaysia lain yang pernah menjuarai Terbuka Macau (berstatus Siri Jelajah Dunia Super 300) sebelum ini adalah Datuk Lee Chong Wei (2009, 2010) dalam perseorangan lelaki dan Koo Kien Keat-Tan Boon Heong (2007, 2008, 2009) serta Hoon Thien How-Tan Wee Kiong (2013) dalam beregu lelaki. - UTUSAN ONLINE