Video ihsan twitter/TeamMsia

Pingat emas pertama Malaysia di Arena Axiata diraih oleh pemain WH2 (berkerusi roda), Madzlan Saibon setelah juara bertahan itu menundukkan Truong Ngoc Binh dari Vietnam 21-10, 21-10.

Kejayaan pemain No. 4 dunia itu diteruskan pula oleh juara dunia, Didin Taresoh yang menewaskan rakan senegara, Muhammad Naim Ahmad Halmi 21-1, 24-22 untuk kategori SS6 (orang kerdil).

Pingat emas ketiga Malaysia di gelanggang badminton dihadirkan oleh pasangan beregu WH1-2 (berkerusi roda), Muhammad Ikhwan Ramli-Madzlan Saibon yang mengejutkan pilihan pertama dari Thailand, Junthong Dumnern-Jakarin Homhaul 22-20, 21-19.

Dan sebentar tadi, pemain SU5 (kecacatan tangan), Cheah Liek Hou menggondol emas keempat negara setelah dia mengalahkan wakil Indonesia, Suryo Nugroho 21-11, 21-15. - UTUSAN ONLINE