BAM dalam satu kenyataan hari ini memberitahu, badan induk badminton negara itu meluluskan permohonan mereka selepas mengambil kira pelbagai faktor.

“Kami ingin merakamkan ucapan terima kasih di atas sumbangan mereka selama 17 tahun bersama kami termasuk kejayaan meraih pingat perak di Sukan Olimpik Rio 2016.

“BAM berharap bekas pasangan No.1 dunia itu dapat terus beraksi cemerlang pada masa akan datang,” kata kenyataan itu.

Sebelum ini gandingan beregu campuran, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying turut membuat keputusan meninggalkan BAM dalam usaha mencerahkan laluan mereka ke Sukan Olimpik Tokyo 2020.-UTUSAN ONLINE