Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

V Shem, Wee Kiong tebus kesilapan di Kuching

GOH V SHEM (kiri) dan Tan Wee Kiong melangkah ke suku akhir Terbuka
GOH V SHEM (kiri) dan Tan Wee Kiong melangkah ke suku akhir Terbuka Singapura selepas mengalahkan Tan Boon Heong-Hendra Setiawan 21-19, 21-18 di Stadium Tertutup Singapura, semalam.

KUALA LUMPUR 13 April - Selepas kalah mengejut seawal pusingan pembukaan pada Terbuka Malaysia di Kuching minggu lalu, pasangan utama negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong memastikan kesilapan serupa tidak berulang apabila meneruskan kemaraan ke suku akhir kejohanan badminton Terbuka Singapura di Stadium Tertutup Singapura, hari ini.

Turun sebagai pilihan ke­dua beregu lelaki dalam kejohanan Siri Super bernilai AS$350,000 (RM1.55 juta), pemenang pi­ngat perak Sukan Olimpik itu mengetepikan senior mereka ketika dalam skuad kebangsaan, Tan Boon Heong yang bergan­dingan dengan pemain Indonesia, Hendra Setiawan 21-19, 21-18.

Kemenangan tersebut bakal menemukan pasangan No. 4 dunia itu dengan beregu Indonesia, Berry Angriawan-Hardianto Hardianto yang mara selepas menyingkirkan Li Ching Yao-Yang Po Han dari Taiwan 21-19, 21-16.

Turut meneruskan kemaraan ke suku akhir beregu campuran, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing yang menyingkirkan pasangan Hong Kong, Tam Chun Hei-Ng Tsz Yau 21-15, 21-12.

Semalam, V Shem-Wee Kiong dipaksa berhempas-pulas dalam pertarungan 53 minit ketika me­numpaskan beregu Taiwan, Lee Sheng Mu-Tsai Chia Hsin 20-22, 21-15, 21-18.

Memulakan tahun baharu di ranking No. 1 dunia, kegagalan melakar sebarang kejuaraan tahun ini menyebabkan V Shem-Wee Kiong jatuh ke kedudukan keempat.

Pasangan negara itu sebelum ini tewas pada suku akhir All England bulan lalu, selain tersingkir di peringkat yang sama pada Terbuka India, awal bulan ini sebelum ditunjukkan jalan keluar 17-21, 21-23 oleh pasangan bukan pilihan dari Hong Kong, Or Chin Chung-Tang Chun Man dari Hong Kong pada aksi pembukaan di Kuching, minggu lalu.

Sementara itu, kejayaan masih ‘menjauhi’ bekas juara remaja dunia, Zulfadli Zulkiffli yang sekali lagi gagal melangkah jauh dalam kejohanan utama.

Zulfadli, 24, terpaksa akur 16-21, 10-21 dalam masa 35 minit kepada pemain bukan pilihan dari Hong Kong, Vincent Wong.

Selepas memulakan tahun baharu dengan tersingkir di pusi­ngan kedua Malaysia Masters, Zulfadli melangkah ke suku akhir Terbuka India, Januari lalu, sebelum tumpas kepada Lin Dan di pusingan pertama All England.

Dia mengalami kecederaan paha ketika beraksi pada Kejohanan Kebangsaan, Februari lalu dan menarik diri daripada Terbuka Malaysia.

“Alhamdulillah saya sudah pulih 100 peratus, cuma persedia­an belum sampai 100 peratus.

“Lepas sembuh hari itu, saya cuma ada dalam tujuh hingga 10 hari untuk buat persiapan tetapi saya sudah boleh main 100 peratus.

“Balik nanti, saya cuma ada tujuh hingga 10 hari sebelum ke Kejohanan Badminton Asia,” kata Zulfadli.

Menurut Zulfadli, kesilapan sendiri menyebabkan dia gagal menyaingi Vincent.

“Dalam aksi hari ini saya sudah mendahului set pertama tetapi lepas itu saya banyak buat kesilapan sendiri.

“Kemudian di set kedua, dari awal sampai habis pihak lawan mula mengawal permainan. Saya kena banyak belajar lebih bersabar,” kata Zulfadli.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain