Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

V Shem-Wee Kiong sah beraksi di Terbuka Australia

PASANGAN Goh V Shem-Tan Wee Kiong kini pulih daripada kecederaan
PASANGAN Goh V Shem-Tan Wee Kiong kini pulih daripada kecederaan dan dijangka mampu untuk memberikan aksi terbaik pada Terbuka Australia minggu hadapan.

KUALA LUMPUR 17 Jun – Selepas terlepas aksi kejohanan badminton Siri Super Premier Terbuka Indonesia, pasangan beregu lelaki negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong disahkan bakal beraksi di Terbuka Australia, minggu hadapan.

Masalah kecederaan belakang yang dialami V Shem dan kecederaan lutut kiri yang membelenggu Wee Kiong membuatkan pasangan utama negara itu diketepikan daripada aksi di Indonesia selepas ia menjadi punca utama kepada kemerosotan prestasi mereka sebelum ini.

Kejohanan bertaraf Siri Super di Australia itu bakal menjadi medan buat mereka mencari semula rentak permainan cemerlang sebagai persediaan ke Kejohanan Dunia di Glasgow, Ogos ini.

Walaupun bimbang dengan kecederaan semasa yang dihadapi pasangan beregu negara itu, namun Pengarah Teknikal Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Morten Frost Hansen (gambar) percaya kejohanan di Australia itu akan menjadi medan terbaik untuk mempersiapkan mereka bagi meneruskan aksi di Scotland.

“Saya sudah bercakap dengan jurulatih (Jeremy Gan) serta pakar fisioterapi (Sandra Fielder) bagi mengetahui keadaan semasa mereka dan jelas sekali Indonesia bukan sesuatu yang baik untuk mereka.

“Selepas itu mereka diberi tempoh seminggu untuk menjalani proses pemulihan selain menjalani latihan seperti biasa, keadaan mereka semakin baik dan mereka akan bersedia untuk beraksi di Australia.

“Bagaimanapun, kami akan terus memantau keadaan mereka dari semasa ke semasa bagi mengelakkan kecederaan itu berulang kerana bimbang akan menjejaskan peluang untuk ke Glasgow,” katanya ketika ditemui di Akademi Badminton Malaysia, Bukit Kiara, di sini baru-baru ini.

Pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio itu akan memulakan saingan awal di Terbuka Australia menentang pasangan Jepun, Takuto Inoue-Yuki Kaneko dan berkemungkinan berdepan cabaran Bodin Isara-Nipitphon Phuangphuapet di pusingan kedua.

Seandainya mara ke separuh akhir, V Shem-Wee Kiong dijangka berdepan pilihan utama dari Indonesia, Marcus Fernaldi Gideon-Kevin Sanjaya Sukamuljo.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain