Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

V Shem, Wee Kiong mara ke suku akhir

GOH V SHEM (kiri) dan Tan Wee Kiong melangkah ke suku akhir Terbuka
GOH V SHEM (kiri) dan Tan Wee Kiong melangkah ke suku akhir Terbuka Singapura selepas mengalahkan Tan Boon Heong-Hendra Setiawan 21-19, 21-18 di Stadium Tertutup Singapura, semalam.

KUALA LUMPUR 13 April - Selepas kalah mengejut seawal pusingan pembukaan pada Terbuka Malaysia minggu lalu, pasangan utama negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong memastikan kesilapan serupa tidak berulang apabila meneruskan kemaraan ke suku akhir beregu lelaki kejohanan badminton Terbuka Singapura di Stadium Tertutup Singapura, hari ini.

Turun sebagai pilihan kedua dalam kejohanan Siri Super bernilai AS$350,000 (RM1.55 juta), pemenang pingat perak Sukan Olimpik itu mengetepikan senior mereka ketika dalam skuad kebangsaan, Tan Boon Heong yang kini bergandingan dengan pemain Indonesia, Hendra Setiawan 21-19, 21-18.

Kemenangan tersebut bakal menemukan pasangan No. 4 dunia itu dengan pemenang antara beregu Indonesia, Berry Angriawan-Hardianto Hardianto atau Li Ching Yao-Yang Po Han dari Taiwan.

Semalam, V Shem-Wee Kiong dipaksa berhempas-pulas dalam pertarungan 53 minit ketika menumpaskan beregu Taiwan, Lee Sheng Mu-Tsai Chia Hsin 20-22, 21-15, 21-18. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain