Turun sebagai bukan pilihan, pemenang pingat perak Sukan Olimpik itu dijangka berdepan cabaran lebih getir apabila menentang pasangan Indonesia, Ricky Karandasuwardi-Angga Pratama dalam saingan seterusnya esok.

Turut meneruskan kemaraan dalam kejohanan bernilai AS$1 juta (RM4.14 juta) itu adalah beregu campuran, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing yang menyingkirkan pasangan Denmark, Niclas Nohr-Sara Thygesen 22-20, 21-18. Menanti mereka di pusingan kedua adalah pilihan keempat dari Hong Kong, Tang Chun Man-Tse Ying Suet.

Begitupun cabaran naib juara Olimpik beregu campuran, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying berakhir selepas ditunjukkan jalan keluar oleh pasangan utama tuan rumah yang juga pilihan pertama, Zheng Siwei-Huang Yaqiong dari China 18-21, 17-21.

Pilihan ketujuh beregu campuran, Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai juga tersingkir awal selepas kalah mengejut 15-21, 21-19, 16-21 kepada pasangan bukan pilihan dari Indonesia, Ricky Karandasuwardi-Debby Susanto.

Cabaran Malaysia dalam perseorangan wanita pula berakhir selepas Soniia Cheah tumpas 15-21, 12-21 kepada Pornpawee Chochuwong dari Thailand. - UTUSAN ONLINE