Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

V Shem nafi dipisahkan daripada Wee Kiong

KUALA LUMPUR 11 Mei – Pemain beregu lelaki badminton negara Goh V Shem menafikan laporan bahawa dia tidak lagi akan bergandingan dengan Tan Wee Kiong.

GOH V SHEM (kanan) menolak khabar angin bahawa dia tidak lagi akan bergandingan dengam Tan Wee Kiong, sebaliknya berkata gandingan mereka kini semakin baik.

Pada masa sama, pemain berusia 28 tahun itu memberitahu, khabar angin yang tersebar itu bagaimanapun tidak sedikitpun memberi kesan terhadap persiapannya ke Kejohanan Piala Sudirman yang akan berlangsung di Gold Coast bermula hujung minggu hadapan.

“Saya ada dengar orang bercerita mengenai perkara ini tetapi saya sendiri tidak baca mengenai berita ini.

“Saya pun tidak tahu bagaimana berita ini boleh timbul tetapi memang perkara ini tidak benar sama sekali. Gandingan kami menjadi semakin baik.

“Bagi saya ini perkara kecil sahaja, memang saya tidak tahu dari mana berita datang dan saya tidak ambil kisah sangat mengenainya,” katanya ketika ditemui di Akademi Badminton Malaysia, Bukit Kiara, di sini.

Pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio itu juga sudah menamatkan zaman bujangnya selepas mendaftarkan perkahwinannya bersama Miyoki Wong, Ahad lalu.

Sementara itu, V Shem me­ngakui cabaran di peringkat kumpulan dalam Piala Sudirman agak kuat terutama daripada Jepun tetapi dia percaya Malaysia mampu mencapai sasaran sekurang-kurang­nya layak ke separuh akhir.

Katanya, cabaran daripada England bagaimanapun tidak dilihat begitu sukar namun skuad negara perlu berhati-hati kerana dalam kejohanan se­perti itu pelbagai kemungkinan boleh berlaku.

“Piala Sudirman ini berbeza dengan Kejohanan Dunia kerana melibatkan acara berpasukan dan saya rasa Malaysia mempunyai pasukan yang kuat.

“Secara peribadinya saya lebih menggemari acara berpa­sukan kerana semangat pemain luar biasa terutama dengan kehadiran penyokong, memang lebih seronok,” katanya.

Malaysia diundi dalam Kumpulan 1C bersama Jepun dan England. Pencapaian terbaik Malaysia dalam sejarah Piala Sudirman adalah mara ke separuh akhir di Guangzhou pada 2009.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain