Dalam aksi di Axiata Arena, di sini, pasangan bebas itu meraih kemenangan 21-13, 21-14 ke atas gandingan tidak ternama dari Perancis, Thom Gicquel-Delphine Delrue.

Peng Soon-Liu Ying yang juga pilihan ketiga kejohanan akan bertemu pasangan China, Lu Kai-Chen Lu yang turut mengesahkan tempat ke pusingan kedua selepas menundukkan Ronan Labar-AudreyMittleheiser 21-11, 21-15.

“Bukan nak kata perlawanan hari ini mudah tetapi kami lebih kepada mahu menguji gelanggang kerana kelmarin hanya sempat cuba setengah jam sahaja.

“Untuk esok, perlawanan tetap 50-50 kerana Lu Kai adalah pemain berpengalaman dan hanya bertukar pasangan sahaja, mungkin gandingan baharunya memiliki kekuatan tersendiri,” kata Peng Soon. - UTUSAN ONLINE