Difahamkan, Thailand hanya menghantar pemain No. 9 dunia, Ratchanok Intanon ke Kejohanan Dunia manakala selebihnya akan beraksi di temasya dwitahunan itu.

Antara pemain yang dijangka beraksi di Kuala Lumpur ialah pemenang pingat emas perseorangan wanita Sukan SEA Singapura, Busanan Ongamrungphan dan pasangan beregu wanita No.10 dunia, Puttita Supajirakul-Sapsiree Taerattanachai.

Marina berkata, bukan hanya badminton yang berdepan tekanan ketika ini sebaliknya hampir kesemua atlet lain turut merasai tekanan bagi menjayakan misi kali ini memandangkan mereka akan beraksi di hadapan penyokong sendiri.

Katanya, walaupun Persatuan Badminton Malaysia (BAM) tidak membariskan ramai pemain-pemain utama dunia namun kombinasi pemain lama dan baharu sudah pasti akan memberikan keputusan yang positif.

“Saya melihat semangat pemain badminton di sini sangat luar biasa.

“Saya merasakan keputusan penyenaraian pemain yang dibuat BAM sangat baik terutamanya bagi pembangunan jangka panjang dan saya percaya mereka boleh menghasilkan sesuatu yang istimewa,” katanya selepas mengadakan lawatan ke Akademi Badminton Malaysia, Bukit Kiara, di sini hari ini.