Pasangan No. 15 dunia itu sedang mendahului 5-1 sebelum So Hee-Seung Chan, yang merupakan pilihan kelima dalam kejohanan bernilai AS$600,000 (RM2.49 juta) menarik diri akibat kecederaan.

Menanti Mei Kuan-Meng Yean pada pusingan kedua esok adalah satu lagi beregu tuan rumah, Chang Ye Na-Jung Kyung Eun yang mara selepas mengetepikan Johanna Goliszewski-Lara Kaepplein dari Jerman 21-10, 21-12.

Sementara itu, cabaran Malaysia turut diteruskan perseorangan lelaki, Liew Daren yang bangkit daripada ketinggalan sebelum menumpaskan pemain China, Zhou Zeqi 15-21, 21-10, 21-17 dalam pertarungan 52 minit.

Ujian getir bakal menanti Daren esok apabila bertemu pilihan kelapan dari Indonesia, Tommy Sugiarto. Tommy mara selepas mudah mengalahkan bekas jaguh No. 1 Korea, Lee Hyun Il 21-9, 21-16.

Malaysia turut menampilkan perseorangan lelaki, Chong Wei Feng; tiga beregu lelaki, Mohd. Arif Abd. Latif-Nur Mohd. Azriyn Ayub, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan Chooi Kah Ming-Low Juan Shen serta beregu wanita, Vivian Hoo-Yap Cheng Wen, yang kesemuanya akan turun beraksi sebentar lagi. - UTUSAN ONLINE