Taufik, yang setahun lebih tua daripada jaguh badminton negara tersebut, dan pernah menguasai arena badminton dunia menerusi perseorang lelaki di samping Chong Wei, Lin Dan serta Peter Gade dengan sebutan ‘big four’ berkata, dia sudah lama tidak bertemu dengan pesaingnya itu.

“Tiada apa yang ingin saya katakan (berhubung persaraan Chong Wei). Sudah lama tidak berjumpa dengannya, kali terakhir pada tahun lalu.

“Sebenarnya keputusan persaraan itu sudah tepat. Bermaksud, beliau sudah perlu memikirkan tentang kesihatan dan keluarga juga.

“Memang sayang, namun buat masa sekarang kesihatan adalah keutamaan. Memikirkan tentang keluarga dan beliau yang sudah berusia,” katanya kepada detikSport

Bekas pemain nombor satu dunia, Chong Wei hari ini secara rasmi mengumumkan persaraan sebagai atlet badminton negara namun berjanji akan terus membantu membangunkan sukan tersebut.- UTUSAN ONLINE