Soon Huat-Shevon berjaya meraih kemenangan 21-15, 23-25, 21-14 ke atas pasangan Korea Selatan, Kim Jae Hwan-Lee So Hee sekali gus membolehkan harapan disandarkan kepada mereka untuk aksi beregu campuran.

Sementara dua lagi pasangan negara, iaitu Tan Kian Meng-Lai Pei Jing dan Chan Peng Soon-Cheah Yee See tewas awal kepada lawan masing-masing.

Dalam aksi pusingan kedua pada Khamis ini, Soon Huat-Shevon di jadual menentang lawan dari China, Wang Yilyu-Huang Dongping yang juga pilihan keenam kejohanan.

Yilyu-Dongping mara ke pusingan kedua selepas menewaskan lawan dari Jerman, Marvin Emil Seidel-Linda Efler dengan keputusan 21-9, 21-13. - UTUSAN ONLINE