Mereka meraih kemenangan 23-21, 21-14 ke atas pasangan Hong Kong, Chang Tak Ching-Ng Wing Yung dan akan bertemu pemenang di antara Rinov Rivaldy-Pitha Haningtyas Mentari dan Takuro Hoki-Wakana Nagahara.

Soon Huat berkata, aksi set pertama agak sukar kerana lawan mereka berjaya membaca strategi mereka ketika berada pada kedudukan 10-10 dan perkara itu memaksa mereka mengubah corak permainan untuk mencari kemenangan.

“Selain itu kami juga sukar untuk membaca pergerakan bulu tangkis kerana keadaan angin agak kuat semasa di dalam gelanggang. Tetapi pada set kedua, kami bermain lebih baik,” katanya ketika ditemui selepas tamat permainan.

Sementara itu, satu lagi beregu campuran, Chen Tang Jie-Peck Yen Wei gagal meneruskan kemaraan selepas tewas 18-21, 12-21 kepada pasangan Jepun, Yuki Kaneko-Miskai Matsutomo. - UTUSAN ONLINE